Tanda-tanda biasa termasuk anak susah pegang sudu atau pensel, tak suka sentuh tekstur tertentu, lambat belajar pakai baju sendiri, mudah tantrum bila buat aktiviti harian, dan ketinggalan berbanding kawan-kawan sebaya. Kalau anak anda ada dua atau lebih masalah macam ni, elok jumpa ahli terapi cara kerja pediatrik untuk penilaian awal.